Cara Kekal Bajet Dengan Bunga Kahwin Anda

Cara Kekal Bajet Dengan Bunga Kahwin Anda

Hampir setiap pasangan ada matlamat perkahwinnya yang tersendiri, sama ada inginkan perkahwinan yang nampak mewah atau simple. Tetapi dengan bajet yang kita ada mampu mematahkan semangat untuk persiapan perkahwinan. Kebiasaanya, pasangan pengantin akan bertanya diri sendiri, adakah tema perkahwinan sesuai dengan anggaran kita?Apa yang perlu kita potong?Apa keperluan yang penting? perkara sebegini boleh menjadikan kesukaran dan kekecewaan kepada bakal pengantin. Terdapat berita baik kepada anda adalah apabila ia datang untuk merancang bunga perkahwinan anda, sekurang-kurangnya terdapat banyak cara kreatif untuk membantu anda bajet. Maka, terdapat beberapa tips yang boleh anda ketahui.

Fokus kepada warna dan tekstur

Ini adalah tips yang terpenting, dimana daripada anda memberi tumpuan kepada bunga tertentu sahaja, lebih baik anda berfikir dari segi warna dan tekstur. Contohnya, jika anda pengantin yang mementingkan bajet mahukan semua bunga ros berwarna merah jambu, mungkin anda boleh tukarkan sejambak bunga yang terdiri daripada merah jambu dengan pelbagai jenis bunga, dengan hanya sentuhan ros untuk yang penting sahaja.

Separuh-separuh bunga

Ramai pasangan mahukan ‘centerpieces’ yang tinggi hari ini. Tetapi realitinya adalah ‘centerpieces’ yang tinggi sentiasa menghasilkan harga yang tinggi, dan ramai dikalangan kita tidak mampu untuk berbelanja mewah.  Satu cara yang baik adalah dengan melakukan separuh-separuh, dimana separuh ‘centerpieces’ tinggi dan separuh ‘centerpieces’ rendah.

Lilin, kelopak bunga dan lain-lain

Anda tidak semestinya hanya menggunakan sejambak bunga untuk hiasan anda. Jika anda seorang yang kreatif mungkin anda boleh menggunakan lilin atau kelopak bunga sebagai hiasan perkahwinan anda. Contohnya, anda boleh terapungkan kelopak bunga diatas air sebagai hiasan ataupun terapungkan lilin yang dikelilingi oleh kelopak bunga.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements
This entry was posted in . Bookmark the permalink.