DIY Pom Pom Dinding

DIY Pom Pom Tergantung

Berikut adalah projek kecil yang menyeronokkan bagi pengantin yang kreatif yang ingin menghiasi pelamin mereka. Selain pelamin, ia juga boleh menghiasi dimana-mana yang anda inginkan. Untuk membuat DIY ini, anda hanya memerlukan banyak kain poliester kerana ia kain yang ringan.

Barang yang perlu ada:

  1. Kain poliester.
  2. Benang.
  3. Jarum jahit.
  4. Gunting.
  5. Tali.

Cara-caranya:

  1. Potong kain anda kira-kira selebar 1.5 inci lebar. Jika anda ingin memotong lebih lebar kain, maka lebih besar pom-pom anda akan menjadi.
  2. Anda hanya perlu potong sedikit sahaja menggunakan gunting, kemudian yang selebihnya anda boleh tarik kain itu sehingga akhir supaya kain yang ditarik itu akan mengeluarkan rumbai-rumbai kain.
  3. Kemudian, anda hanya perlu jahitkan kain anda sepanjang tepi kain dengan menjahit secara rapat dan ketat. Sebaik sahaja anda sudah menjahit sampai ke penghujung, kain anda haruslah kelihatan renyuk sekata.
  4. Akhir sekali, anda hanya meletakkan kedua-dua hujung bersama-sama dan menjahit mereka sekali. Pastikan anda matikan jahitan anda agar kain pom pom anda tidak terbuka ketika majlis dijalankan.
  5. Selepas itu, anda jahitkan pom pom anda pada tali dan gantungkan ia pada dinding yang anda ingin hiaskan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

.

Photo credits: Google

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s