DIY Lampu Pendant

DIY Lampu Pendant

Anda ingin menghiasi pelamin atau mana-mana tempat majlis perkahwinan anda dengan menggunakan lampu yang unik dan kreatif tapi harga yang ditawarkan agak mahal? Anda boleh cuba melakukannya sendiri dengan hanya menggunakan beberapa jenis barang dan harga yang lebih murah. Jadi, mari kita ikuti beberapa langkah yang mudah untuk membuat lampu ini.

Barang-barang yang perlu ada : 

  1. Belon
  2. Tali
  3. Gam
  4. Tepung jagung
  5. Air suam

Cara-caranya :

  1. Tiup belon mengikut saiz yang anda inginkan.
  2. Seterusnya, lukiskan bulat di atas belon untuk membolehkan anda memasukkan mentol. Anda boleh menggunakan benda yang berbentuk bulat seperti mangkuk untuk menghasilkan bentuk bulat. Pastikan tangan anda muat untuk dimasukkan dalam bulatan tersebut.
  3. Kemudian, campurkan tepung jagung, gam dan air suam bersama-sama dalam mangkuk sehingga serata.
  4. Selepas itu, celupkan sepenuhnya tali ke dalam campuran tadi dan lilit tali yang dicelup di sekeliling belon mengikut kreativiti sendiri. Pastikan anda tidak menutup bahagian yang dilukis bulat tadi.
  5. Biarkan belon itu dikeringkan semalaman.
  6. Akhir sekali, pecahkan belon dan buangkan belon tersebut. Kemudian, masukkan mentol dan lampu anda sedia untuk digantung dan dihias.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements
This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s