DIY Kertas Love 3D

DIY Kertas Love 3D

Jika anda tiada idea hiasan untuk hiasan meja pencuci mulut atau hiasan pelamin anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan  DIY kertas love 3D ini. Ini kerana walaupun hiasan ini nampak simple tetapi ia juga dapat menyumbangkan lagi keserian dan kecantikkan tempat anda. Jom ikuti bagaimana untuk membuatnya.

Barang yang perlu ada:

  1. Tali ‘baker twine’.
  2. Kertas pelbagai warna.
  3. Penebuk lubang.
  4. Double tape.
  5. Gunting.

Cara-caranya:

  1. Dapatkan kertas anda dan lipatkan kepada tiga bahagian secara memanjang. Kemudian, gunting bahagian itu. Pastikan anda menggunakan pelbagai warna agar hiasan love anda akan nampak lagi cantik dan menarik.
  2. Selepas itu, jadikan ia bentuk separuh dengan melipatkan ia kepada dua bahagian.
  3. Walaupun kertas anda masih dilipat dua, anda perlu tambahkan double tape pada bahagian akhir luar kertas.
  4. Kemudian, bengkokkan kedua-dua hujung kertas anda sehingga ia bertemu di tengah-tengah dan membentuk love.
  5. Tambahkan dengan menebuk satu lubang di bahagian tengah-tengah love anda dicantum, satu lubang disebalah kanan love dan satu lubang dibahagian kiri love. Pastikan anda menebuk bahagian atas disebelah kanan dan kiri love, ini kerana untuk menggelakkan love anda terbalik semasa menggantung.
  6. Kemudian anda boleh mula mencantum dengan cara mencantumkan semua love anda dengan tali, kemudian hiaskan dengan menggantung tempat pilihan anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s