Sejambak bunga perkahwinan dianggap membawa kebahagiaan dalam perkahwinan, manakala reben yang mengikat sejambak bunga melambangkan persekutuan. Setiap bunga tangan mempunyai simboliknya yang tersendiri. Anda boleh baca artikel simbolik bunga tangan ini. Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh membuat bunga tangan anda sendiri. Dengan membuat bunga tangan sendiri, anda akan berasa puas hati dan bangga untuk membawa bunga tangan anda pada hari majlis perkahwinan. Untuk membuat bunga tangan, anda perlulah mencari ruang kerja yang bersih dan luas.
Bahan-bahan:
- Bunga segar.
- Tape bunga.
- Gunting bunga.
- Pin.
- Riben/ tali.
Cara-caranya:
- Pastikan bunga-bunga anda dibuang duri dan daun-daunnya dicabut dari batangnya terlebih dahulu dan tinggalkan daun yang paling atas untuk membuat sebagai hiasan.
- Kemudian, pilih 2-4 bunga untuk dijadikan tapak pada bunga anda. Pastikan anda menyusun dengan cara 1 hingga 1 1/2 inci batang yang terdedah diantara satu sama lain.
- Selepas itu, mula membina sejambak bunga anda dengan menambah sedikit demi sedikit bunga dan diselang selikan dengan batang daun. Anda dinasihatkan untuk menggabungkan pelbagai warna untuk menciptakan komposisi yang menarik pada jambangan.
- Apabila anda berpuas hati dengan sejambak bunga anda, anda harus membalut bunga anda dengan menggunakan tape bunga supaya mewujudkan konsisten.
- Seterusnya, balutkan bunga anda dengan riben bagi mencantikkan lagi jambangan bunga dan juga pinkan ia agar riben anda tetap dikedudukannya.
- Akhir sekali, potong batang jambangan anda dan pastikan bahawa kesemua panjang batang adalah sama selepas momotong.