DIY Lilin Bercorak

diy-lilin-bercorak

Anda ingin menggunakan lilin sebagai hiasan untuk majlis perkahwinan anda tetapi lilin yang ada tidak menarik dan tidak bercorak? Lilin yang bercorak ada dijual tetapi anda kekurangan bajet? Jangan risau kerana anda boleh membuat sendiri lilin bercorak tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Di sini kami kongsikan bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk membuat lilin bercorak.

Bahan-bahan yang diperlukan : 

  1. Lilin
  2. Bunga
  3. Sudu besi
  4. Buku yang tebal

Cara-caranya :

  1. Keringkan bunga dengan meletakkan bunga di dalam buku yang tebal selama semalaman. Pastikan anda menindih buku yang mengandungi bunga dengan beberapa buah buku yang tebal. Anda boleh menggunakan segala jenis bunga seperti bunga ros, orkid dan sebagainya.
  2. Seterusnya, keluarkan bunga yang telah diletakkan di dalam buku. Bunga anda akan kelihatan seperti di dalam gambar 1 di bawah.
  3. Kemudian, ambil sudu besi dan panaskan sudu besi di kedua-dua bahagian, luar dan dalam sudu dengan menggunakan lilin. Pastikan anda menggunakan sudu besi dan sudu tidak berada terlalu dekat dengan api lilin untuk mengelakkan sudu menjadi hitam.
  4. Selepas itu, letakkan bunga di atas lilin dan letakkan sudu yang dipanaskan tadi di atas bunga. Lilin akan menjadi cair sedikit demi sedikit. Tekan bunga secara perlahan dengan menggunakan jari untuk memastikan bunga melekat dengan elok.
  5. Akhir sekali, biarkan lilin yang dicairkan kering dan lilin bercorak anda siap untuk dijadikan hiasan.

diy-lilin-bercorak-2-2

Gambar 1

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s