DIY Hiasan Menggunakan Sudu Plastik 2

diy-hiasan-dinding-menggunakan-sudu-plastik-2

Bagi pasangan yang sedang mencari idea untuk menghias pelamin untuk perkahwinan yang bakal tiba, anda boleh mencuba untuk membuat lampu menggunakan sudu plastik. Lampu ini boleh digunakan sebagai salah satu hiasan untuk pelamin perkahwinan atau hiasan untuk ruang tamu rumah anda. Anda boleh mengikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah :

Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Sudu plastik
  2. Botol plastik
  3. Gunting
  4. Hot glue gun
  5. Spray warna
  6. Pisau
  7. Mentol
  8. Wayar

Cara-caranya :

  1. Guntingkan batang sudu plastik mengikut jumlah yang anda perlukan.
  2. Kemudian, potong bahagian bawah botol plastik.
  3. Lap botol menggunakan kain atau tisu untuk memastikan botol tersebut kering daripada air.
  4. Seterusnya, tampal sudu plastik menggunakan hot glue gun mengikut kreativiti anda. Anda boleh menampal sudu plastik bermula dari bahagian bawah botol.
  5. Ulang langkah tersebut sehingga sudu plastik menutupi seluruh bahagian botol.
  6. Selepas itu, warnakan sudu plastik tadi dengan menggunakan spray warna. Pastikan gam telah kering sebelum anda mewarnakan sudu tersebut.
  7. Akhir sekali, keringkan sudu plastik yang telah diwarna dan masukkan mentol dari bahagian bawah botol.

diy-hiasan-dinding-menggunakan-sudu-plastik-2-1

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s