DIY Photobooth 2

diy-photobooth-2

Anda inginkan latar belakang yang cantik untuk gambar anda tetapi bosan dengan hiasan bertemakan bunga? Anda boleh menggunakan tisu untuk menghasilkan latar belakang yang cantik dan kreatif. Di sini kami ada menyediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan latar belakang untuk photobooth majlis perkahwinan anda.

Bahan-bahan yang perlu ada :

  1. Dawai mata punai
  2. Tisu
  3. Kayu pancang – ikut lebar dawai mata punai
  4. Paku simen
  5. Paku kecil 2 inci
  6. Playar

Cara-caranya :

  1. Potong dawai mata punai selebar 7 kaki.
  2. Kemudian, ambil tisu dan buka lipatannya satu persatu.
  3. Seterusnya, ambil tisu yang telah dibuka lipatannya dan sumbatkan bahagian tengah tisu pada lubang dawai mata punai. Kembangkan sedikit tisu yang telah disumbat tadi. Anda boleh mengubah suai jarak antara tisu mengikut rimbunan tisu yang anda mahukan.
  4. Gunakan paku simen untuk lekatkan kayu terus pada dinding simen.
  5. Ketuk paku kecil sebanyak yang mungkin sepanjang kayu tersebut dengan jarak setiap paku adalah seinci.
  6. Akhir sekali, angkat perlahan dawai yang penuh dengan tisu dan sangkutkan pada paku tadi. Photobooth anda telah sedia untuk digunakan. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghias pelamin perkahwinan anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s