DIY Hiasan Menggunakan Sudu Plastik 1

diy-hiasan-dinding-menggunakan-sudu-plastik

Bagi pasangan pengantin yang ingin menghias sendiri pelamin untuk majlis perkahwinan mereka, mereka boleh mencuba untuk membuat DIY hiasan menggunakan sudu plastik ini. Hiasan ini boleh digantung sebagai hiasan tambahan di pelamin anda. Bahan untuk membuat hiasan ini juga senang untuk didapati di samping harga bahan yang digunakan lebih murah.

Bahan-bahan yang perlu ada :

  1. Sudu plastik
  2. Kotak
  3. Gunting
  4. Hot glue gun
  5. Spray warna
  6. Pisau
  7. Pensel

Cara-caranya :

  1. Potong kotak mengikut bentuk yang anda mahukan sama ada bentuk bulat atau segi empat.
  2. Lukiskan bentuk bulat di tengah-tengah kotak yang telah dipotong tadi.
  3. Kemudian, gunting batang sudu plastik mengikut jumlah yang anda perlukan
  4. Seterusnya, lekatkan sudu plastik di atas kotak dengan menggunakan hot glue gun. Susun sudu plastik mengikut kreativiti sendiri. Pastikan anda tidak menutup bulatan yang telah dilukis tadi. Anda boleh merujuk Rajah dibawah.
  5. Selepas itu, warnakan sudu plastik tadi dengan menggunakan spray warna. Pastikan gam telah kering sebelum anda mewarnakan sudu tersebut.
  6. Akhir sekali, keringkan sudu yang telah diwarna dan hiasan anda telah siap untuk digantung. Anda boleh meletakkan cermin atau jam di dalam bulatan yang dilukis tadi untuk menjadikannya lebih cantik.

diy-hiasan-dinding-menggunakan-sudu-plastik-1

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s