DIY Bekas Hantaran Menggunakan Gabus

diy-bekas-hantaran-menggunakan-gabus

Bagi para pengantin yang inginkan penjimatan kos untuk bekas hantaran, mereka bolehlah menggantikan penggunaan dulang dengan gabus sahaja. Mereka boleh membuat sendiri bekas hantaran tersebut. Purata harga bagi satu gabus hanya bawah RM 5 sahaja. Di sini kami ada menkongsikan cara-cara pembuatan bekas hantaran menggunakan gabus.

Bahan-bahan :

  1. Gabus berbentuk empat segi
  2. Pelapik Kek
  3. Gam Bunga
  4. Kertas Pembalut
  5. Bunga Plastik

Cara-caranya :

  1. Balutkan gabus dengan kertas pembalut. Pastikan gabus itu dibalut dibahagian atas sahaja untuk menjimatkan kertas pembalut.
  2. Kemudian, lekatkan pelapik kek di bahagian bawah gabus yang tidak dibalut menggunakan gam bunga. Pelapik kek ini dijadikan sebagai pemberat untuk gabus kerana gabus terlalu ringan.
  3. Akhir sekali, letaklah barang-barang hantaran di atas bekas hantaran tersebut.
  4. Selain itu, bagi pengantin yang inginkan lagi kelainan, mereka boleh meletakkan rumput tiruan di atas gabus dan hias rumput dengan beberapa kuntum bunga plastik yang cantik.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s