DIY Botol Hiasan Kaca

DIY Botol Hiasan Kaca

Bagi pasangan pengantin yang inginkan kelainan untuk dihias pada meja tetamu, di sini kami ada menyediakan cara-cara untuk membuat hiasan pada meja tetamu agar nampak lebih unik. Pengantin boleh membuat sendiri ataupun meminta tolong daripada  adik-beradik dan sanak-saudara untuk membantu anda membuat hiasan tersebut. Cara ini amat sesuai bagi pengantin yang inginkan hiasan yang kreatif ataupun lain daripada yang lain.

Barang-barang yang perlu ada :

  1. Botol kaca berbentuk bulat dengan gabus
  2. Rumput
  3. 3 ranting kayu
  4. Sekuntum bunga
  5. Kertas keras
  6. Tali
  7. Penutup balang

Cara-caranya :

  1. Masukkan rumput dan juga ranting kayu ke dalam botol kaca.
  2. Kemudian, letakkan bunga yang anda minat ke dalam botol yang berisi rumput dan ranting kayu.
  3. Seterusnya, tutup mulut botol kaca dengan gabus. Untuk nota ucapan terima kasih,  anda perlu print ataupun tulis ucapan terima kasih di atas sekeping kertas dan tebuk lubang dihujung kertas tersebut.
  4. Selepas itu, masukkan tali di dalam lubang kertas yang ditebuk dan ikat di gabus.
  5. Akhir sekali, letakkan botol kaca di atas penutup balang dan boleh dihiaskan di meja tetamu.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

One thought on “DIY Botol Hiasan Kaca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s