DIY Kad Tempat

DIY Kad Tempat

Kad-kad tempat yang indah akan meletakkan diatas meja-meja tetamu anda, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghias meja candy anda ataupun mana-mana tempat yang anda rasa sesuai untuk menggunakan ia. Setiap kad mempunyai latar belakang cat air  yang unik dengan berbeza corak cat dan dengan tulisan kaligrafi. Projek ini boleh dibuat berulang-ulang kali dan sesuai dengan apa-apa majlis, sama ada majlis perkahwinan, majlis makan malam atupun majlis menyambut hari jadi.

Barang yang perlu ada:

  1. Kertas keras watercolor.
  2. Cat air.
  3. Garam.
  4. Pen kaligrafi.
  5. Tape lebar 1 inci.
  6. Berus cat besar.
  7. Berus cat kecil.
  8. Air.
  9. Tisu tebal.

Cara-caranya:

  1. Potong kad anda sebesar 3.5 x 6 inci, pastikan anda potong sama saiz pada kad yang lain.
  2. Lekatkan tape anda pada kad anda dengan cara 1 inci daripada bahagian bawah. Bermaksud, terdapat 4 inci bahagian atas terdedah dan 1 inci bahagian bawah terdedah.
  3. Catkan kad anda dengan menggunakan cat besar. Kemudian, lap kering kad anda dengan menggunakan tisu tebal, ini untuk mencegah kad anda dari berkembang.
  4. Menggunakan berus kecil anda dengan melukis corak abstrak dengan menggunakan warna kesukaan anda.
  5. Jika kad anda terlebih basah, anda perlu lapkan dengan tisu tebal.
  6. Kemudian, taburkan secubit garam keatas kad anda. Kristal garam ini boleh mewujudkan corak yang unik dengan menyerap warna basah dan menghasilkan bintik-bintik ringan.
  7. Selepas itu, tarik balik tape anda di kad, tetapi anda perlu pastikan kad anda betul-betul kering sebelum menariknya.
  8. Lipat kad anda dalam separuh.
  9. Tulis nama tetamu anda pada kad dengan menggunakan pen kaligrafi.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

One thought on “DIY Kad Tempat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s