DIY Huruf Marquee

DIY Huruf Marquee1

Jika anda seorang yang sukakan hiasan lampu-lampu, maka anda juga akan suka dengan DIY ini dimana menggunakan huruf besar untuk hiasan hari perkahwinan anda. Ini adalah salah satu gaya hiasan yang semakin popular dikalangan pengantin-pengantin. Maka, jom ikuti bagaimana membuat DIY huruf marquee.

Barang yang perlu ada:

  1. Lampu LED chain.
  2. 4 Kotak.
  3. Pemotong kotak.
  4. Gam kotak.
  5. Pembaris T.
  6. Pensil.
  7. Penebuk.
  8. Cat semburan.

Cara-caranya:

  1. Gariskan huruf anda dalam setiap kotak secara berasingan, dimana dengan mebggunakan satu kotak kepada setiap huruf. Anda juga dinasihatkan untuk mempunyai lebar yang sama.
  2. Potong huruf anda dengan menggunakan pemotong kotak dan anda harus memastikan yang anda memotong diatas permukaan yang betul seperti lantai simen atau membuat kotak tambahan dibawah.
  3. Setelah huruf anda dipotong, seterusnya anda harus mengukur sisi yang akan memberikan bentuk huruf anda seperti 3D. Anda harus mengira berapa banyak sisi yang terdapat pada huruf anda dan pastikan semua kepingan mempunyai panjang dan lebar yang sama.
  4. Kemudian anda cantumkan sisi huruf dengan menggunakan gam kotak.
  5. Tandakan menggunakan pensil untuk menandakan kedudukan mentol anda.
  6. Selepas itu, tebuk di tempat yang anda tandakan.
  7. Cat kotak anda dengan menggunakan warna cat semburan pilihan anda dan biarkan ia sehingga kering.
  8. Pasangkan mentol anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s