DIY Bunga Segar Dinding

DIY Bunga Segar Dinding2

Anda mungkin seorang yang sukakan bunga, dan anda tidak tahu bagaimana nak menghiasi bunga anda dengan cara yang menarik untuk majlis perkahwinan anda. Maka, anda boleh ikuti DIY bunga segar dinding untuk menghiasi pelamin anda ataupun untuk menghiasi latar belakang foto booth.

Barang yang perlu ada:

  1. Bunga Segar Ranunculus merah.
  2. Bunga Segar Ranunculus merah jambu.
  3. Bunga segar Rose merah jambu.
  4. Gunting bunga.
  5. Tape washi (3 jenis).
  6. Pensil.

Cara-caranya:

  1. Anda harus memulakan dengan memotong daun lebihan pada bunga dan mengurangkan panjang mengikut panjang yang anda sukai. Anda dinasihatkan untuk memotong tangkai bunga dengan pelbagai saiz supaya bunga anda nampak berbeza ketinggian apabila ditampal ke dinding.
  2. Untuk memulakan hiasan bunga anda di dinding, anda perlu mengukur jarak kelebaran yang anda inginkan dengan menandakan ia dengan menggunakan pensil.
  3. Kemudian, anda perlu memulakan dengan menampal bunga dibahagian atas dinding dan bergerak ke bahagian bawah dengan menggunakan tape washi.
  4. Semasa menampal bunga di dinding, anda perlu memastikan sentiasa menyembur bunga dengan menggunakan air untuk mengekalkan kelembapan pada bunga.

Petua:

  • Pilih tape washi yang sesuai dengan bunga anda, agar dinding anda nampak cantik, simple dan eksklusif.
  • Jika anda membeli bunga segar awal beberapa hari, anda dinasihatkan untuk memotong bunga anda satu inci dari tangkainya dan rendam bunga anda didalam air sejuk dan tempatkanya di bilik yang sejuk selepas sebaik anda membelinya.
  • Anda dinasihatkan untuk memulakan menghias dinding anda pada awal hari perkahwinan anda bagi memastikan kekal kesegaran pada bunga anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s