Contoh Soalan Untuk Bertanya Kepada Perkhidmatan Perkahwinan

Contoh Soalan Untuk Bertanya Kepada Perkhidmatan Perkahwinan

Mungkin ini kali pertama anda untuk merancang sesuatu majlis yang besar, maka anda mungkin akan lupa tentang soalan-soalan yang penting untuk bertanya kepada perkhidmatan sewaan perkahwinan anda. Terdapat begitu banyak perkara yang perlu anda fikirkan seperti makanan, jemputan, fotografi, lokasi, sewaan tempat, kek dan lain-lain. Maka, untuk memastikan anda tidak meninggalkan perkara-perkara yang penting, jadi jom mengetahui soalan-soalan yang betul untuk bertanya dan mendapat khidmat yang terbaik dari vendor anda.

Adakah anda menyediakan contoh rajah sebenar perkahwinan?

Kebanyakkan bakal pengantin mahu gambaran susun atur perkahwinan yang dapat dilihat seperti diatas kertas dan perkhidmatan yang sering dimasukkan. Maka, pastikan untuk bertanya mereka walaupun beberapa syarikat cenderung untuk meninggalkan langkah yang ini.

Apakah pakej yang anda sediakan?

Anda mungkin boleh mendapatkan semua yang anda perlukan di satu tempat dan dapat membuatkan hidup anda lebih mudah. Jika anda boleh sewa dengan satu syarikat untuk mendapatkan anda lampu, lantai, katering dan meja, maka, ia dapat membantu majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Adakah anda perlukan kos tambahan untuk keperluan penghantaran?

Ini adalah soalan yang lazim dilupakan oleh bakal pengantin. Tetapi jika anda mengetahui tentang semua kos dahulu, ia dapat menyelamatkan anda dari tekanan yang akan datang.

Adakah anda menyediakan pengurus perkahwinan?

Banyak syarikat sewaan perkhidmatan perkahwinan menawarkan dan menyediakan seorang pengurus di dalam majlis perkahwinan anda. Dengan mempunyai seorang pengurus perkahwinan ia dapat mengambil beban anda pada hari majlis perkahwinan anda.

Apakah cadangan anda untuk perkahwinan kami?

Penyedia sewaan telah melihat begitu banyak jenis majlis perkahwinan, maka mereka tahu apa yang terbaik dan buruk untuk majlis perkahwinan anda. Mereka boleh menawarkan cadangan yang bernas yang anda mungkin tidak terlintas di permikiran.

Anda boleh cadangkan ‘back up plan’ jika cuaca kurang baik?

Pembekal sewaan anda mungkin melihat segala-galanya termasuk apabila ia datang kepada isu cuaca yang tidak dijangka. Setelah anda mengetahui bahawa mereka mempunyai pelan sandaran, maka ia dapat membantu anda meringankan fikiran anda dan membolehkan anda untuk menikmati majlis perkahwinan anda dengan gembira.

Apakah trend terkini dan tema yang sesuai untuk majlis perkahwinan kami?

Pembekal sewaan anda akan up to date pada semua trend yang terkini dengan pelbagai gaya. Maka, pastikan anda meminta idea-idea daripada mereka, kerana ia adalah peluang yang terbaik apabila mereka mencadangkan sesuatu yang anda mungkin tidak memikirkannya.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s