Perlukah Anda DIY Bunga Kahwin? Cara Untuk Membantu Anda Membuat Keputusan Part 1

Panduan Membuat Bunga Kahwin Diy

Adakah anda pernah terfikir untuk DIY bunga kahwin anda sendiri? Dengan membuat sendiri, ia perlukan usaha yang tinggi dari diri anda, tetapi anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak. Jika anda seorang yang kreatif, dan seorang yang tidak kisah untuk bangun awal pada pagi perkahwinan anda, mungkin DIY adalah sesuai untuk diri anda. Maka, lihat dibawah cara yang boleh membantu anda membuat keputusan.

Melihat begitu mudah

Anda mungkin terkenal dengan membentuk bunga yang indah di rumah anda, tetapi apabila ia untuk perkahwinan ia perlukan seni yang tinggi. Jika anda seorang yang mahir, mungkin menjaga bunga DIY akan menjadi mudah. Tetapi jika anda inginkan perkahwinan anda nampak sempurna dan mewah mungkin anda perlukan khidmat pakar-pakar.

Pergi bengkel

Jika anda bercadang untuk melakukan bunga kahwin anda sendiri, anda perlulah berunding dengan kedai bunga profesional. Banyak kedai bunga yang menawarkan bengkel untuk gubahan bunga, jadi ini adalah satu-satu peluang anda untuk belajar. Dimana kedai bunga boleh mengajar anda beberapa teknik yang hebat.

Buat plan dahulu

Seperti pekerjaan yang lain, ia perlukan plan. Anda perlulah membuat plan sedikit sebelum perkahwinan anda, dan dapatkan banyak pengetahuan tentang bunga terlebih dahulu. Cuba anda pergi ke pemborong atau bunga pasaran untuk mendapatkan idea tentang harga dan minta nasihat mereka. Anda perlu pertimbangkan sama ada bunga anda perlu ditempah terlebih dahulu atau tidak.

Melihat online

Untuk membuat bunga DIY kahwin, terdapat banyak sumber online yang boleh anda dapati seperti di blog perkahwinan, YouTube, dan Pinterest, dimana terdapat banyak tutorial dan gambar-gambar yang cantik untuk membimbing dan memberi inspirasi kepada anda.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s